Tuesday, February 17, 2009

Akhirnya...


Lama dah tak update blog ni.. Maybe xde masa.. every week ada je tugasan n lagu baru.. sorry cuz tak update.. sekejap je masa berlalu, macam tak caya je.. Dah masuk 3 bulan dah dkt mystarz lg.. Alhamdulillah berkat doa korang, kawan2 n family akhirnya dapat gak masuk ke final.. macam x caya je.. huhu.. Rasa sedihlak nak tinggalkan lg house ni.. macam2 kenangan wana kat sini.. pengalaman yg x bole tukar ganti.. tinggal brape hari je lagi nak ke final.. sibuk sangat dis week.. minggu ni wana akan duet ngan abg jamal, so takut n gerun pun ada, yela, dia kan dah mcm otai dalam industri.. yang kita ni baru lg.. cammana lah kan.. mcm langit dan gunung.. tp wana akan cuba yang terbaik..

Buat korang semua yang selama ni support wana n kawan2, ribuan terima kasih wana ucapkan, tak terbalas rasanya... atas semangat n nasihat selama ni.. mintak maaf kalau ada yang tak elok dimata semua, cuz wana cuma org bisa.. buat silap gak.. huhu.. tp wana enjoy slame kt sini, best.. So korang jag lupa tontonla finale minggu ni 22hb, tak pun datangla ke pwtc support kitaorg, wana n kawan2, wana janji akan berikan persembahan terbaik.. doakanlah wana k..

Anyway miss everythin n miss my hometown J.B... Luv u all.. Thanks Allah 4 givin dis peluang.. Thanks..

My Starz LG: Empat peserta ke peringkat akhir

(source : http://www1.mstar.com.my)
HASRAT Mohamad Azri Abdullah untuk menempa nama ke konsert akhir terpadam apabila diumumkan tersingkir di konsert penentuan My Starz LG musim kedua Ahad lalu.
Ternyata persembahannya mendendangkan lagu medley Tercipta Untukku dan Aurora gagal mendapat tempat di hati juri dan undian SMS dari penonton ketika konsert yang ke -11 minggu terdahulu.
Namun bagi Azri, semangat yang kental dan minat yang mendalam terhadap bidang seni tidak akan dipandang sepi kerana dia yakin mampu untuk mengorak langkah di dalam industri muzik tanah air meskipun tidak berjaya menjejakkan kaki di peringkat akhir.
Manakala Wana melangkah selesa ke peringkat akhir apabila diumumkan mendapat persembahan terbaik ketika konsert minggu ke -11. Bagi Cassie dan Nashrin persembahan yang memukau dan lontaran suara yang baik merupakan kelebihan mereka untuk layak berjuang bersama-sama Wana merebut gelaran juara.
Hairi yang mendapat kedudukan dua yang terakhir mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di auditorium MBSA apabila berjaya diumumkan turut mara ke peringkat akhir.
Namun, mereka perlu terus tingkatkan usaha kerana hanya seorang daripada mereka bakal dijulang sebagai juara di kemuncak akhir konsert gemilang My Starz LG di mana mereka akan diadili oleh juri tetap Hattan, Liza Hanim dan Ajai sebagai juri jemputan.
My Starz LG Grand Final akan diadakan pada hari Ahad, 22 Februari 2009 disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC) menerusi siaran TV3 pada jam 9.00 malam.
Semestinya finalis yang bakal beraksi di konsert akhir tersebut akan memberikan persembahan terbaik untuk menarik perhatian juri dan sms daripada penonton.
Finalis akan menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu medley secara solo dengan genre pilihan masing-masing dan berduet bersama penyanyi tanah air pilihan masing-masing. Wana akan berduet bersama Jamal Abdillah, Cassie bersama Sarah Raisuddin, Nashrin bersama Misha Omar manakala Hairi yang serasi dengan genre rock memilih Fiq sebagai pasangannya ketika Grand Final itu nanti.
Selain berhibur dengan kerancakan finalis My Starz LG mendominasi pentas, penonton turut berkesempatan melihat persembahan penuh tenaga dari Mawi, juara persembahan terbaik AJL 23, Faizal Tahir dan kemunculan istimewa penyanyi popular dari seberang, Rossa.
Format pemarkahan untuk Konsert My Starz LG Grand Final musim kedua terhasil daripada keputusan juri (70% markah) manakala selebihnya diputuskan oleh penonton melalui SMS.
Juara My Starz LG akan membawa pulang wang tunai RM 100,000, keperluan rumah tajaan LG iaitu LCD TV (42’ LG 80 LCD), dan kontrak rakaman bersama label rekod ternama, Warner Music Malaysia.
Tempat kedua bakal memenangi barangan LG, LCD TV (32’ LG 80 LCD), tempat ketiga mendapat penghawa dingin (Art Cool) manakala tempat keempat berjaya mendapatkan telefon bimbit (Renoir LG).

Saturday, November 15, 2008

1st Concert - “Semuanya Ada Di Sini”


Selesai sudah concert pertama.. what a thrill.. Selesai orientation, a week of training akhirnya masa yg ditunggu2 sudah tiba.. boleh tak, tau2 kena perform 1st.. hanya tuhan je yg tau.. tp after all the preparation n kena marah ngan cikgu.. and a tips from the original singer.. thanks Farahwahida for coming n giving tips.. at last i'm there.. thank to god and to all yg given me support all this time.. it's worth it.. best!! that's what i feel.. hopefully next week i akan buat lg baik.. doakan k..

Mystarz LG 2 - my journey begin


Alhamdullilah.. tak sangka a call in midlle Ogos bawak kabar gembira.. Wana diterima masuk sebagai finalist Mystarz LG2.. ini satu permulaan hidup.. what to hope for.. a new journey begin.. takut, seram, gembira semua ada.. but this is what i been waiting for.. tak sangka audition tanpa sengaja, membuahkan hasil.. so all of you out there, see this cute gal in action.. huhu.. Lucky no. 0070